Sunday, November 06, 2005

Dr Chua dedah pelajar perubatan ke Ireland tidak kenang budi

Dr Chua dedah pelajar perubatan ke Ireland tidak kenang budi

Oleh Annie Freeda Cruez

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan membiayai pengajian jurusan perubatan tidak kurang 100 pelajar Malaysia di Ireland dengan kos antara RM60 juta hingga RM100 juta dianggap sebagai pembaziran wang negara kerana pelajar terbabit tidak mengenang budi selepas lulus sebagai doktor.Malah, apa yang lebih mendukacitakan ialah perbuatan sesetengah pelajar terbabit mempengaruhi pelajar lain supaya jangan kembali ke Malaysia tetapi sebaliknya menetap dan bekerja di Eropah yang kini mengalami pembangunan pesat ekonomi.Pendedahan itu dilakukan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek yang baru-baru ini melawat Royal College of Surgeons dan University College Dublin di Ireland di mana lebih 1,000 pelajar Malaysia mengikuti pengajian ijazah atau program lanjutan jurusan perubatan.“Mereka ini bukan saja mengelak peraturan kerajaan mewajibkan perkhidmatan di hospital awam dan gagal mematuhi syarat bon kerajaan, sebaliknya memberi pengaruh kurang baik terhadap pelajar Malaysia lain yang kini mengikuti jurusan perubatan di luar negara. “Ini satu kejutan kepada saya kerana mereka sepatutnya menghabiskan program pembelajaran masing-masing dan kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara.“Sudahlah mereka tidak pulang ke sini bagi memenuhi syarat bon, mereka juga tidak membayar balik wang biasiswa untuk mengikuti jurusan perubatan. Mereka ambil jalan mudah menetap di luar negara dan mendapat gaji lumayan, malah mempengaruhi pula yang lain supaya jangan kembali,” katanya.Menurut Dr Chua, kebanyakan daripada 100 pelajar yang dikenal pasti adalah penerima biasiswa Mara berdasarkan hasil perbincangan dengan pelajar Malaysia di Ireland bulan lalu. Kesemua doktor berkenaan didapati sudah bekerja di negara itu antara setahun hingga 11 tahun.Difahamkan, kira-kira RM1 juta diperlukan bagi membiayai kursus perubatan di Britain, United Kingdom atau Ireland bagi seorang pelajar. Pelajar Malaysia yang mendapat biasiswa kerajaan terikat kepada bon kerajaan selama tujuh tahun selain perkhidmatan wajib tiga tahun di hospital kerajaan. Apa yang memburukkan lagi keadaan, kata Dr Chua, beliau diberitahu beberapa pelajar Malaysia yang ditemuinya bahawa kumpulan 100 doktor itu kini mempengaruhi pelajar lain yang menerima biasiswa kerajaan supaya jangan kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian. Beliau berkata, isu berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini. Dalam rangka lawatannya ke Ireland, Dr Chua turut menerima anugerah fellowship daripada Royal College of Physicians, Ireland (RCPI).Dr Chua adalah Menteri Kesihatan pertama dari rantau ini yang menerima penghormatan terbabit. Fellowship itu diberi sebagai tanda pengiktirafan sumbangan dan komitmen beliau terhadap pembangunan bidang penjagaan kesihatan di Malaysia serta pembangunan pengajian perubatan pasca ijazah.
this partcular article was taken from berita harian today , and it really, really for some unexplainable reason caught my eye.
here are a few quotes that i would deem intresting:
'Malah, apa yang lebih mendukacitakan ialah perbuatan sesetengah pelajar terbabit mempengaruhi pelajar lain supaya jangan kembali ke Malaysia tetapi sebaliknya menetap dan bekerja di Eropah yang kini mengalami pembangunan pesat ekonomi.'
'Apa yang memburukkan lagi keadaan, kata Dr Chua, beliau diberitahu beberapa pelajar Malaysia yang ditemuinya bahawa kumpulan 100 doktor itu kini mempengaruhi pelajar lain yang menerima biasiswa kerajaan supaya jangan kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian'
i don't think so the doctors are the ones who are 'pengaruhi' the students, but the students themselves who come to realise that opportunities are more wide open over here. Any sane person would do the same.
As oppose to back home in malaysia, it takes less than 2 years or probably a year to get into a postgraduate programme ( schemes)...back home it takes about 4 to 5 years depending queue!
Besides that, here, people are judge by the degree of their professionalism as well work qualities ( not so much in malaysia ....i guess , read : first impressions, bodek etc).
POstgrad studies here are also free.....i surely the government would be glad to here that..as they would'nt have to come out with a cent of their money! dont' you think it would be a good idea if doctors were given permission to conclude thier postgrad studies first before coming home.
Going back hoem would mean queues for postgrad study places and more government spending of students!

1 comment:

  1. i agree with you that we need more specialist and i hereby laud the idea of generating more of the specialists wherever possible. i just wonder how many of the ones who stayed in ireland became specialists and how many are actually in a proper recognized programme? i support the fact that malaysian doctors are poorly paid and overworked, but rather than rationalizing these facts to work at fine hours and paid handsomely away from home is rather selfish. may i quote few comments taken from a different view on this matter....

    Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohamad Rais Zainuddin berkata, kebanyakan pelajar Mara yang didakwa oleh Soi Lek hidup senang lenang di luar negara sebenarnya sedang melanjutkan pengajian dan meningkatkan kepakaran mereka.

    Katanya, pelajar terbabit sedang menjalani latihan kedoktoran, kepakaran dan sub-specialist di United Kingdom yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    ``Beliau sepatutnya memanggil balik pelajar persendirian yang bekerja sepenuh masa di Ireland, bukannya menyuruh pelajar Mara yang menjalankan latihan kedoktoran di sana pulang ke tanah air.

    ``Apa yang beliau patut lakukan ialah mendesak pelajar persendirian yang kebanyakannya pelajar berketurunan Cina untuk pulang segera selepas tamat pengajian. ``Tidak timbul isu pelajar ditaja mesti pulang atau tidak ditaja tidak perlu berbuat demikian kerana soal berkhidmat di tanah air adalah soal jati diri dan kesetiaan pelajar persendirian terbabit pada negara,'' katanya di sini hari ini.

    to make this matter into something it is not, i.e. looking at it as a chinese minister commenting on a bumiputera institution, is purely being foolish.

    ReplyDelete