Wednesday, December 28, 2005

Pemuda mahu cium ular tedung selar 50 kali

KANGAR 27 Dis. - Seorang pemuda dari Utan Aji di sini, bakal mencipta rekod dunia jika berjaya mencium ular tedung selar sebanyak 50 kali dalam tempoh 10 minit seperti yang dirancangnya.
Jika berjaya, nama Shahimi Abd. Hamid, 32, bukan sahaja akan dicatatkan dalam Guinness World Book of Records, malah mendapat pengiktirafan daripada Ripley's Believe It Or Not.
Bekas petugas Taman Ular Perlis (TUPs) itu akan menggunakan segala pengalamannya termasuk dipatuk ular beratus kali untuk mencipta rekod itu.
Kejayaannya nanti akan memadamkan rekod seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang mencium ular sebanyak 11 kali tetapi tiada had masa.
Menurut Shahimi, aksi beraninya itu akan dilakukan pada 11 Mac tahun depan di Muzium Ripley's Believe It Or Not di Hotel First World, Genting Highlands.
Jelasnya, ular tedung yang akan dicium nanti bukannya ular milik beliau tetapi ular liar yang disediakan sendiri oleh pihak pengurusan rancangan Ripley's Believe It Or Not.
``Ia adalah ular liar dan pihak pengurusan rancangan itu akan menyediakan ular yang saya tidak tahu sejauh mana bisanya.
``Saya mempunyai pengalaman 10 tahun dan telah beratus kali dipatuk ular. Pengalaman itu akan saya jadikan semangat untuk mencipta rekod dunia nanti,'' katanya pada sidang akhbar di TUPs, di sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengurus TUPs, Tengku Noriah Tengku Mahmud dan Penolong Pengurus Muzium Ripley's Believe It Or Not Genting Highlands, Adha Osman.
Shahimi berkata, sebagai persediaan, beliau akan menjalani aktiviti senaman khas dan mengambil ubat-ubat serta antibodi sebelum melakukan aksi tersebut.
Ini kerana, ujarnya, selain mencipta rekod, beliau juga akan membuat pertunjukan dengan membiarkan tangannya dipatuk ular berkenaan.
Sementara itu, Adha memberitahu, orang ramai boleh menyaksikan aksi Shahimi dengan mengunjungi muzium berkenaan yang berkeluasan 12,000 kaki persegi.
``Pihak kami juga sedang mencari stesen televisyen yang berminat untuk menyiarkan aksi Shahimi, malah aksi beliau bakal ditonton di seluruh dunia melalui rancangan tersebut,'' tambahnya


sometimes i just really really wonder why people ( read : malaysianS-kalau more specific-melayu)) would be so facinated with things like this.

My heavens, the last time i was in malaysia, terkejut jugaklah tengok the amount of tabloids sold at book stores.
Even Borders kat berjaya times square pon ader jual tabloid melayu.......its really funny that melay people will be so captivated with stuff like :

' polong hisap darah bayi di bentong'
'PEMANDU TEKSI jumpa pontianak di kajang'
'pelajar jumpa hantu tetek di tepi jalan'

'toyol di jalan kelang lama'
'mayat bertukar menjadi babi'

and the latest as you guys can see it ...nak cium ulo ( vocalised like 'misha omo')
lah pulak kan......


and ya , not forgetting the bigfoot scare recently ( read utusan malaysia for further information) in bentong.........