Friday, October 28, 2005

the story



Hi guyz…Syaz+Mas baru lepas berbuka puasa. Simple saje, Tomyam sayur dan mee hoon. Tapi kitorang ade masak beef and chicken casserole, Cuma lagi 5 jam baru masak sebab guna slow cooker. Untuk bersahurlah jawabnye…Takpe, kitorang dah agak bloated dah dgn mihun tomyam, custard donut Tesco, Teh susu dan apple dan colek.


Sebenarnya, otak Syaz agak bengap sekarang nie sebab dah lame jugak tak bercerita. Kayla, taknakla bagi korang bosankan sebab basically engkorang semua dah tahu our activities together yang havoc giler. Hari Jumaat lepas, Syaz dan mas beria pergi umah Si Melur nak prepare untuk birthday Si Rajunatapa (yang ke 25 kononnya),takpela, kite kasi can kat dia kay? Ha…nak menangis Syaz+mas potong ayam ngan daging untuk sate. Yela, kita yang tak balik M’sia ni kenala buat sendiri kan kalau nak makan. N’ways, sambil kitorang pemotongan tu, Ema dengan bersungguh2 mengemas umah dia pastu dia penat dan terus tido kat atas sofa dia yang keras tu. Mas as usual terpaksalah setia dengan Syaz, hehe…Thanks Mas.
Kalau tidak aku menangis sorang2 la jawabnye…dipendekkan cerita, Syaz tak tido satu malam tu, kejut diorang bangun bersahur dan sambung lagi keje. Banyak beno keje macam susah nak percaya kan? Nways, legala jugak syaz sebab hari Sabtu tu bleh releks dan focus on my hair, hehe…Happening jugak birthday Paan, semuanya ada Abe, Sri, Afiq, Leia, Ema, Siti K, Mosh, E, Ariri, Zariena, Hilma dan Anep (harap2 takde yang tertinggal). Sri masakkan nasi impit dan jemput pisang yang best! Thank you Sri! Leia masakkan tagliatelle with green pesto and red pesto. Syaz suka yang red pesto tu, memang sedap! Makacih…makacih Leia Franta (sori Leia , Syaz tak tahu nak ejalah). Oh ye, terima kasih semua orang sebab tolong bersusah payah cucuk sate hehe…ops sate!

Punyalah banyak energy semua orang lepas menyeehkan perut nak pegi tengok wayang! Syaz memang teringin pun nak tengok Sky High tu.

Ha…tu baru hari Sabtu..belum lagi hari Ahad. Sri ajak berbuka puasa di umah Sri. Dia nak masak nasi ayam. Kitorang ni kalau pasal makan anytime! Pergi ke umah Sri, macam berbuka kat M’sia plak, meja penuh dengan makanan! Nasi ayam, popia, cucur keledek, air cincau, sate semalam yang tak abis. Sri nie memang banyak energy. Mengandung tu! Very much appreciated!

Hari Isnin Syaz ponteng kelas!

Isnin malam Abe amik Syaz+Mas sebab kitorang nak tido umah AbeSri so that senang boleh terus ke Dublin. Oh ye, kitorang teman Sri dan Afiq ke Dublin pukul 5.30 pagi lepas sahur hari Selasa ke Dublin untuk amik passport Afiq. Pehhh…kitorang respect betul ngan Sri Muarni nil ah. Dia drive Syaz rasa ada dal 9 jam at least for the whole day. 3 setengah jam pegi, 3 setengah jam balik, 2 jam kat Dublin. Syaz pegi dan balik tido sebab pening kepala yang amat kalah orang mengandung! Sri beli Chicken hut untuk buat balik ke Cork berbuka nanti.

Haaa, dibuatkan cerita, Syaz dapat message dari Sri the day after. Dia berhajat nak berbuka puasa di umah Syaz sebab dia tak larat nak masak. Kesian Sri…tapi malulah Syaz nak bagi makan Sri kat umah kitorang yang tak berapa best i. Tak confy sangatlah Sri. Nasib baik Ema call ajak keluar. Tapi she ended up masak untuk kitorang. Best jugak daging Ema masak. Tq ema!

Aduh, tak larat dah Sang Kelembai nak menaip. Penat kepala otak. Lain kali lah pulak. Sebelum tu, nak cakap skit semalam Syaz enjoy betul keluar ramai2 makan kat Milano. Kesian Paan dating jauh2 tapi tak lalu makan pizza. Paan memang suka betul gathering ramai2 ni. Nasib baik kat umah Ema ade lagi lauk semalam yang dia masak
Untuk Syaz dan Sri. Boleh lah paan makan. Kicap tidak dilupakan!

Bosannya Sang Kelembai sekarang. Malam Jumaat. Si kemboja dah tertidur atas lantai bilik dia ni sebelah Syaz. TV langsung takde cerita. Bilalah leia atau Sri nak call ye agaknye…

No comments:

Post a Comment