Monday, January 30, 2006

aku marah!!!!

assalamualaikum,
AKu tulis dalam blog nie sebab aku nak marah. Kemape aku marah ? Baik jer aku cerita sebab kalau simpan simpan tak guna pon, tak kenape. Tak pernah lagi aku rase insulted , KECEWA DAN SEDIH sebegini teruk sekali. Actually lebih sedih berbanding dengan kecewa. Dalam banyak-banyak bende yang terjadi , selame ini aku simpan dalam hati aku , tak pernahlah aku rase seteruk nie, and aku ingatkan akan reda , tapi marah aku tak reda-reda gak sampai pagi nie. SO aku rase baiklah aku luahkan!!!!
Sampai hati ko buat aku macam nie, selame nie aku percaya kat ko , ko buat aku macam nie. PEcah hati aku. Sekeras-keras hati aku pon , tapi kalau sampai macam nie ko buat kat aku , hati mane yang tak pecah kan ??!!
dah macam-macam aku cube nak buat , nak tolong ko , tapi ko tetap buat aku macam nie, okaylah , tak pelah , kalau macam nie lah its gonna be, then aku tak kisah , sebab bukan aku yang pilih haluan nie, KO YANG PILIH !!!!!
AND AKU NAK KO INGAT, lepas nie, antara kita sudah tak der ape ape, senang tak payah susah-susah, biarlah aku dengan aku nyer hidup, and ko dengan hidup ko !!!!!!!!!!!!
TAPI SERIUS , AKU INSULTED giler!
OHHHH!!! IPOD KU , kenape ko buat aku macam nie!
kenapelah engkau pergi meninggalkanku
ADAKAH aku tidak menjagamu dengan baik ? adalah aku tidak membelaimu dengan baik !
KENAPE tibe tibe malam semalam engkau tidak mahu 'on'
BERKali-kali aku cube resusitate mu , usahkan CPR, malah shock pon aku bagimu dengan harapan engkau akan kembali hidup
tapi apakan daya, manusia merancang , TUHAN yang menentukannyer, engkau pergi meninggakanku............aku PASRAH DENGANMU WAHAI IPOD
walaupunku terasa insult, setiap memoriku dengan mu akan ku ingati setiap hari malah saat.
MEmori ketika aku berjalan ke hospital tiap tiap pagi denganmu masih segar di ingatan.......
macam mane abe akan mati kalau tiada PS'snyer,
macam mane Sri akan pengsan kalau wedgewoodnyer pecah,
macam mane SYAz akan PMS kalau tiada rokok,
macam mane Leia will never get out of the house without makeup,
macam emma rapat dengan EOIN'nyer ,
macam mane paan akan jadi gila kalau tidak boleh nyanyi for a day,
macam mane e and ariri rindu kat si comel,
macam mane siti K akan psychotic kalau tiada brown thomas,
macam itulah jugak aku dengan mu wahai ipodku!!!!!!!!!!!!
mungkin tiada rezeki, or its just pure bad luck , or skrang nie mungkin musim bende-bende elektronik buat palat? ( taklah sebab sejuk kot)-ps refer to the entry kat bawah
well aniway , aku merelakan engkau pergi wahai ipod, pergilah mu , satu hari nanti , kita bersua semua
-sekian -
ikhlas tapi jauh,
abang mas
30 zulhijjah 1426