Friday, January 27, 2006

bak CD Siti Nurhaliza 'Dari KL ke KL ke KL'

Tapi 'KL' yg ana maksubkan just Kota London....

Salam dari Kota London.. biarpun esok kitaorg dah nak balik Cork... punyalah sejuk kat sini, ni yang buat aku menyinggah kat CC kejap sebab tak tahan sejuk kat luar... hmmm E time ni duk asyik dengar lecture kot, aku dari semalam duk merayau-rayau sorang-sorang kat KL ni. Dah tak tahu pi mana lagi dah... yang aku tahu naik turun 'tube' ngan muka seposen... pastu jalan2 then tak tahan sejuk masuk kedai.

Tak ada apa yang menarik kat sini cuma banyak sign 'SALE'... 'Further Reduction'... '70% Discount'... kat kedai-kedai...

Kitaorg sgt tak puas hati ngan hotel yg kitaorg duduk... nilah pasal last minute cari 'padan muka kitaorg gak' just main sebat je hari selasa lepas (rabu flight kitaorg ke London). Dalam internet bukan main lawa lagi gambar biliknya.... berkilat macam kereta micra aku (selepas dibasuhlah), pastu 50meter dari King Cross Tube Station...

Actualnya.... bilik giler babi punya buruk & kecil (gambar dia tunjuk tu mungkin 20thn lepas kot time baru2 dia buka hotel ni)... 50meter tu dia tertinggal '0' satu lagi... so 500meter, nasib baik 1 je '0' tertinggal kalu 2 ke 3 ke.... mahu beku dulu jalan baru sampai. Nak kata murah... tak gak duk taraf 2 bintang je dah kat 100pound pernight.

Ok fine kalau just 2perkara kat atas tu, sebab 2 bintang ni adalah sarapan pagi... for 1st day semalam kitaorg turun makan.... berharaplah yang best sikit... tup!tup! just 2kpg roti kosong ngan creaker je... makan jelah kitaorg sebab lapar kan... then pagi tadi spt dijangkalah menu yg sama, yg kitorg terkejut nya butter yg diorag sediakan dah bercampur ngan exp date 07Jan06.. dah start terfikirlak aku ngan benda lain.. cam roti... exp kot, tapi rasa tak sebab ok je rasa. pastu susu... ok kot sebab bau sedap je... creaker.... ni tak tahulah sebab takde tulis lak epx date kat atas kepingan creaker tu... kopi... hmmm fikirlah sendiri...

opsss... computer ni da keluar warning time out,... caussssss.....